Friday 25 November 2011

Resepi Izz Coklat Cupcake

2 tahun lepas saya telah pergi ke kelas cupcake bersama kawan baik saya Yani.. belajarlah buat cupcake tapi balik bila buat balik tak menjadi macam cikgu ajar..last-last kami berdua cuba resepi lain...yang lain jadi pulak..Thanks pd Yani yang banyak berkongsi tip dan cara masak... resepi ni pun dh cuba berkali2 akhirnya barulah menjadi...syukur..

Izz Coklat Cupcake

Bahan-bahan

80g buttercup(1/4 cawan)
80g minyak masak(1/4 cawan)
125g serbuk koko (3/4 cawan)
3 biji telor gred B
1/2 cawan gula castor(boleh ganti gula pasir)
1 cawan susu kotak fullcream dutchlady
1 sudu kecil esen vanilla
* 1 1/2 cawan tepung gandum(tepung kek/superfine  pun boleh)
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat)
Paper cupcakes saiz M(lebih kurang 18-20 unit) 

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar suhu 170 c.
2. Satukan bahan * dan ayak..ketepikan
3.Pukul (cara whisk)telur bersama gula castor.ketepikan.
4.Cairkan butter ..Dalam sebiji mangkuk masukkan butter cair bersama minyak. Kacau .
5.Didalam adunan butter tadi masukkan serbuk koko dan kacau lagi sehingga sebati.
6.Masukkan adunan telor dan gula tadi selepas itu masukkan susu cair berselang seli dengan tepung yang   telah diayak tadi.. sehingga habis.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
8 Ambil sedikit dan masukkan ke dalam paper cup cakes 3/4 penuh.jgn penuh sgt..nanti melimpah..tak cantik)
9.Bakar dalam suhu 170 C selama 20 minit
10. Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga sejuk seketika barulah di hias ikut kegemaran masing-masing.

  

No comments:

Post a Comment